Rabu, 13 April 2011

Sheikh Ali Dabba, pentashih al-Quran

Sudah menjadi satu peraturan yang wajib, setiap kali al-Quran itu ditulis akan ada pihak yang melakukan semakan. Tanggungjawab ini dilakukan adalah untuk memastikan semua nas al-Quran yang ditulis termasuk huruf, kalimah, susunan ayat dan seumpamanya adalah betul dan tepat sebagaimana diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah SAW sendiri telah melakukan semakan terhadap nas al-Quran iaitu sejurus selepas penulis wahyu selesai menulis ayat-ayat al-Quran. Hikmahnya, al-Quran terjaga daripada kesalahan, terpelihara daripada penyelewengan, kesahihannya terus terkawal dengan sempurna dan generasi selepasnya dapat membaca al-Quran dengan nasnya terpelihara daripada sebarang kesalahan.

Seorang tokoh yang terkenal satu ketika dahulu dalam semakan dan tashih al-Quran ialah Sheikh Ali Dabba' (meninggal pada tahun1961).

Beliau adalah Syeikh Qurra di Mesir pada zamannya. Beliau menghasilkan banyak penulisan dalam bidang al-Quran sama ada tajwid, qiraat, Rasm al-Quran dan lain-lain berjumlah lebih daripada 40 karya. Banyak karya Sheikh Ali Dabba' dicetak dan dijadikan kurikulum di maahad tahfiz dan pusat pengajian al-Quran. Antaranya, kitab Samir al-Talibin. Kandungan kitab ini adalah tentang kaedah penulisan al-Quran menurut Rasm Uthmani.

Baca artikel penuh di Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...